Tuesday 18 August 2020

Produk Pilihan

Sedar atau tidak kita begitulah.

Sentiasa cuba cari yang terbaik di antara yang terbaik. Dalam blog kak bai ni baru kak bai perasan yang kak bai pernah berkongsi beberapa pilihan produk kegunaan kak bai sendiri.

Contohnya seperti maajun. Iya kak bai masih setia amalkan maajun basah. Untuk kecergasan dan kesihatan dalaman kak bai. Almaklum lah umur juga semakin meningkat. Aktiviti seharian yang memaksa badan untuk bergerak aktif juga perlu dibantu. Kak bai memang suka amalkan sesuatu yang tradisional. Banyak nilai dan asbab nya. Emak kepada empat orang cahaya mata memerlukan tahap tenaga yang lebih tinggi. 

Kalau boleh telan bateri kan lebih baik. Hahaha..

Kak bai juga pernah berkongsi tentang penggunaan AO Waleet, sebagai bantuan di kala anak-anak alami selsema. Alhamdulillah. Ia antara produk yang baik dan kak bai masih teruskan sehingga ke harini. Bayi kak bai juga masih kecil, baru nak menginjak umur 1 tahun. Persediaan seperti ini sangat perlu. 

Kadang batuk menyinggah pada abang dan kakak. Sapu kan saja AO Waleet. InsyaaAllah sangat membantu. Anak-anak boleh tidur dengan lebih lena sepanjang malam. Keesokkan nya bangun dengan senyuman.

Lepas ni kak bai akan kongsikan beberapa produk lagi di pasaran yang menjadi pilihan kegunaan kak bai sekeluarga.


Salam Sayang
Kak Bai
suka kongsi mende baik
19/8/2020


  

Wednesday 15 January 2020


GELARAN

Dua hari lepas kak Bai terdetik dalam hati untuk tukar gelaran diri bila menulis di sini. Tiada sebab. Tapi hati terus kata, aku menulis kerana nak berkongsi sesuatu dari hati. 

Jadi lebih dekat rasanya kak bai gunakan gelaran "ACU". 
Seiring dengan usia yang dah tak berapa nak muda jugak ni kannnn
 Hehehe..

Gelaran acu membawa maksud emak saudara bongsu. 
Acu anak bongsu dari lima adik beradik seibu dan seayah. 

Tapi acu ni garang. 
Semua anak saudara yang iktirafkan. 
Hahaha.. 

Nasib korang la nak oiii
Ada mak cik garang.
Yang penting bukan mak cik bawang yek ^_^


* Nota Kaki - walaupun acu garang tapi acu tetap sayang korang dan sapukan AO Waleet kalau korang selsema dan batuk kannnn


Acu aka Kak Bai
Agen AO Waleet














Tuesday 14 January 2020

Memulihkan selsema, batuk dan kahak

Bismillah..

Terpanggil untuk kembali aktif menulis di sini. 
Kak Bai nak kongsikan perjalanan berada dalam pantang anak ke-4 kak Bai semasa anak dilanda gangguan pernafasan. Mungkin ada lebihan lendir yang masih bersisa semasa proses bersalin.

Bila menyusu, jadi terganggu itu tanda ibu perlu buat sesuatu. Kakak kak Bai ada hadiah kan sekotak minyak untuk baby. Aromaterapi Oil Waleet AO Waleet.

Sebelum ni kak Bai simpan je dalam lemari. Terpanggil nak cuba pakaikan pada baby. Kesian dia asyik duk bergaduh dengan lendir dekat tekak dia. Memang kita tengok dia tak selesa. Tidur pun mula la terganggu. Kesian sangat.

Alhamdulillah kesannya sangat baik. Kak Bai selalu sapu bila lepas mandi. Sapu di bahagian depan dada kiri dan kanan. Di belakang badan pun sapu jugak terutama di kawasan tulang dayung. Situ kan dekat kawasan paru-paru kan.

Banyak sangat perubahan baik dalam tempoh minggu pertama. Bila dah beransur pulih tu kak Bai pun berhenti kan. Masa tu tak terfikir lagi nak kongsi pasal kebaikan minyak ni.

Tapi bila baby kena selsema semula lepas duduk rumah pengasuh sampai tak boleh tidur malam. Kak Bai nekad, kena kongsi dengan ibu-ibu diluar sana. Kesian dekat baby. Dia dah la tak pandai nak cakap dan bagitahu ibu kat mana yang tak okay.

AO Waleet sangat membantu baby kak Bai tidur lena bila selsema menjengah. Pasang AO Waleet, hingus anak pun cepat kering tau. InsyaaAllah mujarab.


~Kak Bai aka ACU~
Review AO Waleet
Ejen sah AO Waleet
0129887815

Monday 24 September 2018

MENULIS DARI HATI

Bismillahirahmanirrahim

Sejak 2016 kak Bai membuka blog ni, saat ini adalah kali kedua kak Bai menulis. Kak Bai sangat berharap untuk kak Bai berkongsi sedikit pengalaman sendiri di blog ini. Kerna itu kak bai perlu menulis dari hati.

Pengalaman setiap orang tak sama, kadang kala dari pengalaman orang lain banyak yang kita boleh ambil pengajaran. Pengalaman jadi lebih mahal dan berharga bila kita sendiri yang melalui nya.

Jika pengalaman itu manis pasti mengujakan. Namun jika pengalaman itu pahit, maka di situ bayaran kesabaran dan ketabahan adalah sangat diperlukan.


Kak Bai berniat untuk kongsi pengalaman perjalanan kak Bai sebagai seorang anak, adik, isteri dan ibu. 

Kak Bai generasi 80an, sangat berbeza dengan generasi yang baru meningkat remaja sekarang ni. Sekiranya korang generasi terkini, satu perkongsian kak Bai kepada korang adalah.. Rajin-rajin lah membaca tapi pastikan bahan bacaan yang korang pilih itu mempunyai gelombang positif. 


Macam mana nak pilih..?

Senang sahaja, pilih la melalui gaya penulisannya. Jika tajuknya bagus tapi gaya penulisannya menggunakan kata-kata yang kurang sopan lebih baik la dielakkan. Di situ terletaknya gelombang negatif yang korang sendiri tak perasan sebenarnya.

Ros Bai
suka info, suka organik
25/9/2018


Friday 7 October 2016

BISMILLAH..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW..

Semoga dengan langkah yang kecil dan goyah ini 
aku teruskan apa yang telah lama diniatkan dalam hati.. 
Dibayangkan dalam minda..

Sebuah perkongsian dengan mereka yang sudi..

Berkongsi dari rasa..
Berkongsi dari jiwa..
sepenuh hati..

Semoga Allah memudahkan setiap urusan mu..
Terima kasih.


Ros Bai
07/10/2016
#perundingperibadiMAB0129887815
#maajunanggunbistariisterbaik